Tuesday, March 10, 2015

Kucing or cat



 

Assalam, saya ambil info ini daripada kawan saya Ustaz Firdaus, t.ksh ustaz,...dgn izin kongsi:-


Harini aku post tentang kucing..ramai rasanya yg suka kucing, bela kucing, tapi ada jugak yg takut kucing dan tak suka bela kucing.. Ada sahabat2 aku dari singapore..depa ni takut sgt kucing, nmpak ja kucing menjerit mcm nampak harimau..aku masih lagi tertanya2..hmm..dan bagi mereka yg kata kucing ni najis, kotor, disni aku nak sebut beberapa hadis mengenai Kucing.. :- kalau dah tahu ambil ini sebagai peringatan kalau tak tau ambik tau..anggap benda baru..pastu leh la kongsi2 dgn kawan yg lain..

 

                                                          My Commando Krinkle
Nabi menjelaskan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan utk berwuduk menggunakan air bekas minuman kucing.

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).




1. Abu Hurairah juga dikenali sebagai "Bapa segala kucing"..Beliau mendapat gelaran sebagai Abu Hurairah kerana beliau amat sayang kepada kucing. Pernah diriwayatkan pada suatu masa Rasulullah ternampak ada sesuatu di dalam lengan baju beliau, lalu Rasulullah bertanya kepadanya. Apabila ia menunjukkan terdapat anak kucing di dalam lengan bajunya, sejak itulah beliau digelar Abu Hurairah

 

2. Ada saintis telah mengkaji bahawa kucing adalah binatang yg bebas bakteria (tidak najis).

 

Sekiranya anda tidak suka kucing sekalipun, jgnlah ada yg menyeksa kucing tersebut..

Abdullah Bin Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ; "Seseorang wanita diseksa kerana ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itupun masuk neraka; wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya utk memakan buruannya".
(H.R. Bukhari dan Muslim)

 

 

 

Thursday, November 13, 2014

Majlis Hi Tea - Polis Wanita Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur

Biar photo bercerita,.....



Inilah ‘backdrop’ untuk Majlis Hi Tea kami, kesemua ini Pegawai-pegawai Kanan Polis Wanita
Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur






Superintendent Polis YDH Datin Zalina sebagai Pegawai Turus Polis Wanita Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, merasmikan Majlis Hi Tea kita orang. Anggun Datin kita orang ini.






Pemuzik-pemuzik Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur. Semua mereka ini Polis tapi
di anugerahkan bakat seni








Beramai-ramai menyumbangkan suara,...Penyanyi Utama yang bertudung cokelat itu,
amat berbakat polis wanita Konstable Hanum, klas habis suaranya. Saya tak ada di pentas, kalau saya menyanyi maka akan roboh pentas ini disebabkan suara saya yang 'merdu'






Kek hari lahir untuk semua Polis-polis Wanita Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur,
sambutan untuk setahun 2014. Berat kek ini 25kg




Dari kiri Sjn Zana, Koperal Zura, Koperal Apizan, Koperal Siti Mariam dan Sjn Erni



Dari kiri Inspekter Zazilawati, Sjn Zana, Koperal Saifa, Koperal Niala, Koperal Yuni, Koperal Apizan & Koperal Siti Mariam - kami berkongsi kek bday yang sama.Happy Bday untuk kita semua!


Hari itu kami memang happy habis, banyak lagi gambar-gambar tapi cukuplah setakat ini.