Assalam, saya ambil info ini daripada kawan saya Ustaz Firdaus, t.ksh ustaz,...dgn izin kongsi:-
Harini
aku post tentang kucing..ramai rasanya yg suka kucing, bela kucing, tapi ada
jugak yg takut kucing dan tak suka bela kucing.. Ada sahabat2 aku dari
singapore..depa ni takut sgt kucing, nmpak ja kucing menjerit mcm nampak
harimau..aku masih lagi tertanya2..hmm..dan bagi mereka yg kata kucing ni
najis, kotor, disni aku nak sebut beberapa hadis mengenai Kucing.. :- kalau dah
tahu ambil ini sebagai peringatan kalau tak tau ambik tau..anggap benda
baru..pastu leh la kongsi2 dgn kawan yg lain..
My Commando Krinkle
Nabi
menjelaskan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah
dibolehkan utk berwuduk menggunakan air bekas minuman kucing.
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

1. Abu Hurairah juga dikenali sebagai "Bapa segala
kucing"..Beliau mendapat gelaran sebagai Abu Hurairah kerana beliau amat
sayang kepada kucing. Pernah diriwayatkan pada suatu masa Rasulullah ternampak
ada sesuatu di dalam lengan baju beliau, lalu Rasulullah bertanya kepadanya.
Apabila ia menunjukkan terdapat anak kucing di dalam lengan bajunya, sejak
itulah beliau digelar Abu Hurairah
2. Ada saintis telah mengkaji bahawa kucing adalah binatang yg
bebas bakteria (tidak najis).
Sekiranya
anda tidak suka kucing sekalipun, jgnlah ada yg menyeksa kucing tersebut..
Abdullah Bin Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ; "Seseorang wanita diseksa kerana ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itupun masuk neraka; wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya utk memakan buruannya".
(H.R. Bukhari dan Muslim)

k lily suke kucing gak, kat umah ade seekor ni
ReplyDelete